Let the Newborn Begin | Selamat Datang | Happy Shopping With Us
3 Tips Penjagaan Tilam Kekabu

Tilam kekabu boleh digunakan dalam tempoh yang lama selama bertahun-tahun. Nak jaga pun senang je.

3 Tips Penjagaan Tilam Kekabu Asli

#1 Jemur ketika terik mentari  

Jika tilam dan bantal kekabu dah lembik atau makin kurang padat, jemur ketika matahari naik. Kekabu akan mengembang semula sedikit demi sedikit

 

#2 Pastikan tilam kering sepenuhnya  

Jika tilam dan bantal kekabu terlalu kotor, boleh basuh dan jemur macam langkah 1. Selepas dibasuh kekabu akan kecut dan melekat. Pastikan tilam dijemur sehingga betul-betul kering sepenuhnya. Jangan guna jika tilam belum kering.

 

#3 Tepuk tilam dengan objek keras  

Tilam dan bantal kekabu mungkin berdebu/berhabuk. Jemur seperti langkah 1 dan tepuk/ketuk tilam kekabu dengan objek keras seperti kayu atau penyangkut baju bagi membuang habuk.